Teknik Mengalih Perhatian Yang Berkesan Dalam Pemakaian

Apabila kita menonton filem hitam putih, biasanya tiada apa yang menarik perhatian penonton melainkan suara dan pergerakan. Bayangkan tiba-tiba dalam filem itu, warna pokoknya itu nampak warna hijau maka secara tidak langsung, penonton akan terus memberi perhatian kepada pokok itu kerana tarikan warna yang berlaku.
Sama seperti dalam pemakaian. Apabila kita memakai warna yang menarik perhatian, orang akan memberi fokus terhadap warna yang dipaparkan berbanding perkara lain. Maka cara terbaik untuk mengalih perhatian daripada kawasan yang kita ingin sembunyikan dan mengalih perhatian kepada bahagian lain, maka gunakanlah warna-warna gelap pada kawasan yang ingin disembunyikan dan warna-warna cair atau terang pada kawasan yang ingin diberi fokus.
0 comments