Di pasaran, ada pelbagai jenis corak pada fabrik pakaian. Ada sesetengah corak itu mampu menjadikan seseorang kelihatan lebih besar dan amat sesuai untuk mereka yang berbadan kecil. Ada corak yang lain pula mampu menampakkan seseorang kelihatan lebih langsing dan amat sesuai untuk mereka yang berbadan besar.
Ada corak berbentuk zig-zag, ada corak bergaris melintang atau menegak, ada juga corak serong. Ada corak yang tebal dan ada corak yang nipis. Sangat pelbagai di pasaran!
Dengan teknik pemilihan corak yang betul dan tepat, seseorang mampu menjadikan diri lebih berkeyakinan diri dan tampil bergaya pada pandangan orang lain.
Pilihlah corak yang betul untuk diri anda!
