Dalam pemakaian formal, amat penting mengetahui panduan yang betul. Warna yang cair seperti warna putih dan biru cair adalah warna yang termasuk dalam kategori formal. Warna yang gelap atau warna terang biasanya dikira warna kasual dan lebih baik di pakai sewaktu santai sahaja dan bukan untuk urusan rasmi.
Gambar ini memaparkan contoh pilihan warna yang dikira formal dan kasual. Ikutilah panduan formaliti yang betul agar kita sering tampil bergaya dengan betul dan tepat.
Dalam
padanan tali leher dan sut, warna yang mempunyai kontra yang amat tinggi
memberi mesej yang lebih berautoriti berbanding warna yang mempunyai
keserasian. Disebabkan itu, ramai yang ingin kelihatan berautoriti dan serius
biasanya memilih sut berwarna hitam dan warna tali leher yang berwarna merah.
Ada pelbagai
cara untuk mengetahui kualiti satu-satu baju kemeja.
Antaranya adalah
dengan melihat sambungan jalur antara kain yang bersambung pada baju kemeja.
Kemeja yang
berjalur-jalur sentiasa bersambung coraknya daripada lengan kebahu, daripada jalur
bahu kebahagian belakang. Daripada bahagian
depan dan poket serta bahagian butang.
Sekiranya baju
yang ditempah khas, biasanya tukang jahit akan membuat 'split yoke' di bahagian
bahu baju kemeja berbanding 'single
stretch'. Split yoke lebih susah untuk dijahit tetapi kelebihannya, ia mampu mengimbangkan
ketidak seimbangan bahu kanan dan kiri.
Perunding imej
yang terlatih mampu menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam.
Berwuduk merupakan amalan yang mesti dilakukan seorang muslim sebelum melaksanakan solat, 5 kali sehari.
Wajah kita terdedah kepada debu-debu,
habuk dan kotoran yang berada di sekeliling lalu melekat di wajah. Jika tidak percaya,
sewaktu lunch hour atau selepas pulang kerja, ambil tisu dan basahkan sedikit dan dilapkan di keseluruhan wajah.
Lihat tisu itu kelihatan berwarna hitam (bergantung kepada persekitaran tempat bekerja).
Baru-baru ini, guru imej kami mengendalikan program kepada para pegawai bergred JUSA di INTAN. Topik seluar menjadi salah satu topik yang dibincangkan rancak oleh para peserta.
Seluar potongan terkini adalah ketat dan sendat seperti gambar 1. Dalam suasana profesional, seluar begini amattidak sesuai. Ianya mengundang pandangan mata pada kawasan yang tidak sepatutnya menjadi tumpuan.
Tuan-tuan perlupastikan ada ruang yang sesuai pada seluar tuan-tuan seperti pada gambar 2, 3 dan 4.
Puan-puan, jika seluar sudah nampak petanda ketat pada pinggul, paha dan betis tuan suami, puan boleh 'tamat kan riwayat' seluar itu dengan segera.
Dan usah lupa belikan seluar baru yang lebih selesa.

Ramai usahawan sering kali menjadikan imej Steve Jobs sebagai inspirasi. Mereka menyatakan dengan seluar jeans dan baju-T turtleneck sahaja sudah memadai, hasilnya tetap berjaya dan menjadi kaya!
Penampilan Steve Jobs mula menjadi santai pada tahun 1998 semasa beliau membeli semula Apple dan menjenamakan bisnesnya. Beliau ketika itu sudah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan menjadi orang berpengaruh dan terkenal.
Pada permulaan kerjayanya tahun 1977, beliau dan rakan niaganya ingin meluaskan penggunaan komputer bersaiz peribadi untuk tujuan bisnes dan pendidikan. Maka urusan beliau di peringkat awal untuk bertemu orang-orang besar dan penting daripada bank mahupun syarikat-syarikat korporat lain menjadikan beliau sentiasa menggayakan sut, kemeja dan tali leher. Ini langkah yang bijak yang dilakukan anak muda berimpian besar.
Apabila kita di peringkat awal bisnes, penampilan kita menggambarkan kita benar-benar serius terhadap bisnes yang dijalankan. Wear right and wear smart!




