Dart untuk individu yang berbadan kecil
Apakah itu dart? Dart bukanlah sebuah permainan yang selalu dimainkan dengan membaling objek tajam bersayap kepada bulatan yang bermarkah, tetapi dart itu adalah bahagian belakang baju yang dijahit untuk mengecilkan dan mengetatkan pada bahagian tengah badan.
Biasanya dart ini terdapat pada pakaian lelaki atau wanita yang berbadan kecil atau ramping. Sekiranya dart itu tiada, anda mempunyai pilihan untuk pergi ke kedai pengubahsuaian untuk menjahit ruangan belakang pakaian untuk mewujudkan dart agar lebih cantik potongannya.
Ingat, dart ini hanya sesuai pada pakaian yang kelihatan longgar di bahagian tengah badan saja!

0 comments