Blog

Akademi Perunding Imej Profesional

Prinsip Penampilan Wanita Yang Berpengaruh Dan Berjaya.

By Thursday, January 14, 2016


Sepanjang tahun ini, guru utama kami, Puan Mary telah mengkaji lebih 50 orang wanita yang berpengaruh dan berjaya di dalam bidang masing-masing. Salah satu daripadanya adalah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, gabenor Bank Negara Malaysia.

Profesionalism dan kredibiliti beliau amat terserlah pada pilihan penampilan yang beliau paparkan di media dan semasa menghadiri acara-acara yang melibatkan orang-orang besar yang lain.

Prinsip yang beliau amalkan secara konsisten dalam setiap penampilan beliau adalah:
  • Menggunakan lebih banyak warna deep (pekat) dan dark (gelap). Dalam pelbagai majlis rasmi, beliau kerap dilihat memakai baju kurung yang berwarna biru tua, menyerupai warna logo bank negara sendiri.
  • Meminimumkan corak pada fabrik pakaian. Beliau memilih warna corak yang sepadan dengan warna latar pada pakaian beliau.
  • Memilih aksesori yang ringkas dan berpadanan dalam kuantiti yang terkawal. Beliau gemar menggunakan subang, kerongsang kecil, cincin dan rantai mutiara.
  • Menggayakan potongan pakaian yang lurus namun sesuai dengan saiz tubuh.
  • Mementingkan mekap yang menampakkan keseriaan dan kesegaran wajah, bukan mengubah wajah. Beliau tidak pernah dilihat tanpa lipstik.
  • Memilih potongan rambut yang konservatif, mudah diurus dan kemas.

Daya pengaruh pada penampilan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zetiter bentuk kerana beliau amat memahami dengan jelas tujuan beliau berpenampilan. 

Mesej penampilan beliau selari dengan mesej organisasi dan jawatan beliau. Saya amat percaya, mana-mana wanita yang mahu berjaya dalam kerjaya dan bisnes, usah ambil mudah soal penampiland iri. Ia melambangkan potensi diri dan sehebat mana cita-cita yang mahu direalisasi.

Baca Artikel Berkaitan

0 comments