Ingin Meniru Gaya Santai Steve Job?

Ramai usahawan sering kali menjadikan imej Steve Jobs sebagai inspirasi. Mereka menyatakan dengan seluar jeans dan baju-T turtleneck sahaja sudah memadai, hasilnya tetap berjaya dan menjadi kaya!
Penampilan Steve Jobs mula menjadi santai pada tahun 1998 semasa beliau membeli semula Apple dan menjenamakan bisnesnya. Beliau ketika itu sudah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan menjadi orang berpengaruh dan terkenal.
Pada permulaan kerjayanya tahun 1977, beliau dan rakan niaganya ingin meluaskan penggunaan komputer bersaiz peribadi untuk tujuan bisnes dan pendidikan. Maka urusan beliau di peringkat awal untuk bertemu orang-orang besar dan penting daripada bank mahupun syarikat-syarikat korporat lain menjadikan beliau sentiasa menggayakan sut, kemeja dan tali leher. Ini langkah yang bijak yang dilakukan anak muda berimpian besar.
Apabila kita di peringkat awal bisnes, penampilan kita menggambarkan kita benar-benar serius terhadap bisnes yang dijalankan. Wear right and wear smart!
0 comments